Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Rentetan kemenangan mengejut Donald Trump ke atas calon Demokrat, Hillary Clinton, sebahagian daripada penyokong calon yang tewas itu mengambil keputusan untuk tidak menyerah kalah dengan melancarkan bantahan secara online yang mendesak badan perwakilan untuk memilih Clinton sebagai Presiden A.S yang baru.
Pilihan raya yang berlangsung pada hari selasa lepas adalah bertindak untuk memilih badan-badan perwakilan. Badan-badan tersebut kemudiannya akan mengundi untuk memilih Presiden A.S yang ke-45. Akan tetapi, undi mereka hampir pasti tidak akan mengubah apa-apa dan lebih bersifat memenuhi tuntutan perlembagaan sahaja.
Para penyokong Clinton walaubagaimanapun masih belum berputus asa dan mereka menyeru para perwakilan untuk tidak mengendahkan undi negeri mereka sekaligus membuang undi untuk Clinton.
Apabila Trump mengangkat sumpah sebagai Presiden A.S pada Januari ini, beliau akan menjadi presiden ke-4 yang gagal memperolehi undi popular walaupun mendapatkan majoriti undi badan perwakilan.
13 November 2016 - 13:46
News ID: 791670
Rentetan kemenangan mengejut Donald Trump ke atas calon Demokrat, Hillary Clinton, sebahagian daripada penyokong calon yang tewas itu mengambil keputusan untuk tidak menyerah kalah dengan melancarkan bantahan secara online bagi memastikan badan perwakilan yang terpilih untuk memilih Clinton sebagai Presiden A.S yang baru.